SKMM timbang keluar garis panduan keselamatan Pokemon Go

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata, hal ini selari dengan garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh negara-negara lain untuk permainan alam maya itu.

“SKMM sedar bahawa Pokemon Go boleh membawa bahaya kepada orang ramai sekairanya langkah-langkah keselamatan diabaikan sewaktu bermain,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai mengutamakan keselamatan semasa bermain Pokemon Go bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Pemain harus peka dengan persekitaran mereka mengikut undang-undang biasa dan sensitiviti tempatan,” katanya.

Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa semua negeri mengisytiharkan permainan siber Pokemon Go sebagai haram.

Selain itu, pihak berkuasa agama Kelantan dan Kedah akan meneliti terlebih dahulu pengharaman permainan tersebut serta akan memutskannya pada bulan depan.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othaman sekiranya perminan tersebut boleh memesongkan akidah seseorang maka akan menjadi haram di sisi agama Islam. – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia