SKMM siasat pemuda hina Yang di-Pertuan Agong XV

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, siasatan tetap diteruskan biarpun individu terbabit telah membuat permohonan maaf di laman Facebooknya yang menggunakan nama Mohd. Faiz pada pada Sabtu.

“Walaupun dia telah memohon maaf, siasatan masih diteruskan.

“SKMM akan melakukan tindakan penguatkuasaan sekiranya kenyataannya terbukti berbaur fitnah dan sebagainya,” katanya , memetik laporan Kosmo Online pada Ahad.

Sebelum ini, pemuda yang dikenali sebagai Mohd. Faiz telah memuat naik kenyataan yang mempertikaikan peribadi Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong XV pada laman Facebooknya.

Begitupun, dia telah membuat permohonan maaf atas ketelanjurannya di laman Facebook sama selepas mendapat kritikan keras daripada orang ramai dan netizen.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia