SKMM siasat dalang ubah Kak Ros jadi seksi

Tindakan itu dibuat susulan pendedahan yang dibuat Bernama pada Jumaat mengenai Watak ‘Ros’, kakak garang dalam siri animasi itu yang menjadi mangsa eksploitasi dengan memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.

“Hasil maklumat awal yang diterima mendapati, imej lucah tersebut merupakan imej cekupan skrin daripada siri asal yang ditayangkan dan telah diubah suai menjadi gambar lucah.

“Buat masa ini, SKMM sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab mengubah suai dan memuat naik kandungan tersebut untuk tindakan selanjutnya,” kata SKMM dalam satu kenyataan pada Sabtu.

SKMM turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung perkara itu untuk melaporkannya kepada SKMM bagi membantu siasatan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia