SKMM serbu pejabat Malaysiakini

Menurut laman web portal berita itu, dua buah komputer telah dirampas dalam serbuan tersebut.

“Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.

“Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan,” lapor Malaysiakini, memetik mStar Online.

Serbuan itu diketuai oleh Timbalan Pengarah Unit Penguatkuasaan dan Penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota yang datang dengan membawa waran geledah.

Dalam video yang dimuatnaik pada 26 Julai lalu Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.

Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap