Oleh kerana itulah, Pengerusi Dong Zong, Vincent Lau Lee Ming tidak berpuas hati kerana apa yang berlaku tidak sejajar dengan konsep 1Malaysia yang diketengahkan oleh PM, sehingga hari ini SJKC masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah dan tetap juga dianggap tidak relevan.
Kerajaan dalam tempoh tahun 2009 sehingga 2016 tidak lagi memberi keluluskan kepada mana-mana rancangan pembinaan SJKC. Ia benar-benar membuatkan orang terfikir bahawa semua ini ada kaitan dengan politik. Sejak angin perubahan kaum Cina mula bertiup pada PRU 308 dan 505, keseluruhan perkembangan politik telah memberi perubahan yang besar kepada masyarakat Cina dan pembangunan SJKC.
Dalam keadaan memperjuangkan SJKC dan kepentingan yang sepatutnya dimilliki oleh masyarakat Cina, kerajaan akan berfikir dua kali. Pembangunan SJKC berterusan menghadapi pelbagai isu, ia bukan sahaja berkaitan dengan penambahan dan penempatan semula SJKC, malah isu-isu kecil berkaitan dengan bangunan SJKC juga tidak dapat diselesaikan.
Bangunan-bangunan SJKC di negara ini boleh dikatakan sebahagian besarnya adalah melebihi 20 tahun dan ada juga yang lebih daripada 50 tahun. Bangunan usang, bocor dan masalah anai-anai, kehidupan guru-guru dan murid-murid di sekolah bila-bila masa sahaja dalam bahaya.
Jika bangunan sekolah runtuh kerana masalah anai-anai, akibatnya akan membawa bencana. Banyak bangunan SJKC yang sudah usang; peruntukan tidak mencukupi dan tidak mendapat peruntukan penuh daripada kerajaan dan terpaksa bergantung kepada derma daripada masyarakat Cina untuk penyelenggaran bangunan sekolah dan pengurusan.
Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak SJKC berdepan dengan masalah bangunan diserang anai-anai, namun kerajaan seolah-olah menutup mata dan menolak semua tanggungjawab kepada PIBG untuk menyelesaikannya.
Melihat kepada keadaan politik semasa, kerajaan nampaknya memilih politik dan mengetepikan hak kepentingan dalam isu SJKC. Dalam hal ini, masyarakat Cina terpaksa bergantung kepada diri sendiri dan kerajaan sebahagian besar masanya hanya hanya duduk di tepi dan lihat. – Kwong Wah Yit Poh