Dakwaan bekas pemberita itu bahawa pelaksananaan gaji minima antara punca kilang industri berdepan penutupan sekali gus menjejaskan ekonomi negara disifatkan Sivanesan sebagai tidak masuk akal. Kenyataan Kadir Jasin terhadap kebajikan pekerja adalah tidak bertanggungjawab.
“Walaupun gaji minima ditetapkan kerajaan adalah sangat dialu-alukan, tetapi kadar sepatutnya diperkenalkan pada RM1,100 iaitu RM4.81 sen sejam manakala RM972 di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau gaji minima adalah penentu kemajuan Malaysia sebagai negara sudah membangun menjelang 2020. Justeru katanya, kebanyakan kesatuan pekerja di negara ini menuntut supaya kadar gaji minima ditetapkan pada RM1,500 seorang.
“Selain itu adalah wajib ada kenaikan gaji setiap tiga tahun sekali, tetapi ia tidak dilaksanakan disebabkan peraturan itu tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada di negara kita.
“Jika mengambil kira keadaan semasa, pekerja perlu membayar cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), cukai pendapatan pula 30 peratus manakala kenaikan harga barang antara 30 hingga 50 peratus ketika ini.
“Maka adalah penting kenaikan gaji minima supaya seorang pekerja boleh berdepan segala tekanan hidup ini.
“Tetapi Kadir Jasin gagal melihat kesemua faktor ini dan adalah tidak wajar mengkritik pelaksanaan gaji minima punca penutupan kilang dan kemelesetan ekonomi,” tegasnya lagi. – Makkal Osai