Singapura perlu setahun hapus Zika

Walaupun mempunyai peruntukan besar dan kepakaran untuk menentang wabak itu, usaha itu dijangka terbantut kerana faktor berkenaan boleh menyebabkan virus itu mudah menular.

Ramalan itu dibuat pakar dalam bidang penyakit berjangkit dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Sehingga kini, sebanyak 189 orang telah disahkan dijangkiti virus Zika sejak kes pertama dikesan tujuh hari lalu di Singapura.

Virus Zika boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang serius apabila menjangkiti wanita hamil. Virus yang ditemui pada tahun lalu itu mula tersebar secara meluas di Brazil.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), David Heymann berkata, Singapura yang memiliki sistem kesihatan antara paling maju mampu mengenal pasti penyakit dari awal.

Singapura yang memiliki kepadatan penduduk lebih lima juta dengan kawasan hutan yang besar, selain suhu purata 30 darjah Celsius menyebabkan nyamuk mudah membiak di sini.

Lebih 11,000 kes denggi telah dilaporkan di Singapura pada tahun ini menyebabkan pihak berkuasa memberi amaran bahawa jumlah itu boleh meningkat kepada 30,000 kes menjelang hujung tahun nanti. – Reuters

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia