Ketua bahagian penularan wabak dan kecemasan WHO, Peter Salama, berkata sejak pengesahan kes pertama Zika di Singapura, ‘dalam masa singkat ada banyak kerja makmal, usaha kesihatan awam termasuk kawalan vektor dilakukan, selain susulan terperinci termasuk analisis kes di negara itu’.
“Kita perlu mengucapkan tahniah kepada ketelusan dan kepantasan yang dilakukan kerajaan Singapura dalam kes penularan ini, dan berharap negara lain boleh melakukan perkara sama,” katanya.
Menjelang Jumaat, 189 kes pemindahan Zika disahkan di Singapura. Pengerusi jawatankuasa WHO, David Heymann, berkata republik itu dijangka melengkapkan susunan jenis virus berkenaan dalam penularan minggu depan.
“Mereka menyusun jenis dan kemudian mendapatkan perbandingan normal yang ada pada jenis ini dengan jenis lain untuk dipastikan sebelum membuat pengumuman mereka tahu apa yang dihadapi,” katanya.
WHO juga berkata, tiada bukti penularan virus Zika berikutan Olimpik di Rio de Janeiro, satu petanda baik bagi ‘penilaian risiko rendah’ pada Kejohanan Paralimpik bulan ini. – Agensi