Sindiket dadah KL tumpas

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Datuk Abdul Hamid Mohd. Ali berkata, bertindak atas maklumat risikan, dua lelaki dan wanita ditahan di sebuah kondominium oleh sepasukan anggota di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Menurutnya, kesemua suspek itu berumur dalam lingkungan 22 hingga 27 tahun ditahan pada pukul 9.30 malam dan hasil pemeriksaan atas rumah tersebut polis merampas 990 gram dadah ketamin, 660 gram dadah serbuk putih, 28 gram Eramin dan 4.5 gram ekstasi.

Katanya, siasatan lanjut ke suspek, polis membuat serbuan ke sebuah lagi kondominium di sini dan menahan seorang lagi suspek berumur 27 tahun serta merampas dadah pelbagai jenis seberat 322 gram.

“Anggaran berat keseluruhan dadah pelbagai jenis yang dirampas ialah 2004.5 gram,” ujarnya dalam satu kenyataan malam Selasa.

Abdul Hamid berkata, dengan kejayaan tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah oleh warganegara tempatan yang bergiat aktif di pusat hiburan di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya.

“Pihak polis kini masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan punca dadah ini diperolehi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap