TH dalam satu kenyataan berkata, fokus TH adalah sentiasa memastikan pencapaian terbaik dalam pengurusan haji, perniagaan dan pelaburan mengikut prinsip-prinsip Islam demi kepentingan pendeposit.
Katanya organisasi itu menjalankan pelaburannya selaras dengan dasar Alokasi Aset Strategik dan dakwaan bahawa pendeposit akan mengalami risiko kehilangan wang simpanan mereka adalah tidak benar dan berunsur fitnah.
“Kami amat kecewa atas serangan yang berterusan oleh sesetengah pihak yang sentiasa memberi penekanan negatif tentang organisasi ini.
“Kami berpendapat serangan-serangan ini adalah bermotifkan politik,” kata TH.
TH turut menyatakan subsidi haji dijangka meningkat kepada sekitar RM200 juta pada tahun ini. – Bernama