Silap besar ‘underestimate’ koboi bangla

Cuma yang aku sedikit terkilan, banyak keadaan aku tengok ‘orang kita’ seolah-olah memperlecehkan mat-mat Bangla ni. Yelah, manalah sangat depa faham bahasa Melayu…kena pulak jemaah kita ada yang dari utara, dari pantai timur, dari selatan, belum masuk yang Jawa dan Banjarnya…dah tentu ada pelbagai pelat. Ada mat-mat Bangla ni dimarahi, ada yang diherdik, ada yang diketawakan…seolah-olah Mat Bangla ni ‘bengap sangat’ dalam hal korban ni.

“Hoi kau tak faham bahasa ke?”
“Kau tau ikat ke tak tau ikat ni?”
“Woi, peganglah lembu tu betul-betul!”
“Baiya, tepi sikitlah, sini peganggggg!!!”

Macam-macam ayat yang keluar. Tak kurang juga mereka dikertawakan. Aku tengok mat-mat Bangla hanya senyum-senyum je. Tapi percayalah, mereka juga manusia. Dalam hati Tuhan saja yang tahu. Serius, kesian aku tengok.

Aku cuma nak cakap satu bendalah. Kalau kita rasa ‘koboi’ Bangla ni tak reti bab-bab korban ni – TERNYATA KITA SILAP BESAR!

Tahukah anda, jumlah ternakan yang dikorbankan di Bangladesh sempena Aidil Adha mencapai hingga 80,000 ekor pada tiap-tiap tahun! Raya Haji sentiasa ditunggu oleh warga Bangladesh kerana mereka akan beramai-ramai turun untuk menyembelih, melapah dan mengagih-agihkan daging korban kepada fakir miskin dan mereka yang melarat. Ia sudah menjadi pesta!

Sebab itu semalam apabila dilaporkan terjadi ‘banjir darah’ di bandar Dhaka apabila hujan lebat yang turun telah mengalirkan sekali darah-darah haiwan ternakan yang disembelih, aku langsung tak hairan. Yelah, sistem saliran mereka satu hal tetapi memang diakui warga Bangladesh cukup menunggu hari raya korban ini kerana mereka akan menyambutnya secara besar-besaran.

Maaf cakaplah, setakat seekor lembu, depa dua tiga orang pun boleh handle beb, bukan macam kita, nak tumbang sekor pun riuhnya sekampung! Percayalah mereka malas tunjuk skill je, bukan apa, takut kitalak yang terlopong nanti bro.

Sepatutnya kita perlu malu pada mat-mat Bangla ni….sekurang-kurangnya mereka nak juga tolong…orang kita? Dalam ramai-ramai yang datang tu, RAMAI LAGI yang hanya pandai mengarah, buat lawak, tergelak sana tergelak sini, selfie, hisap rokok dan tengok saja…jangan kata nak sembelih, pegang tali lembu yang ada taik sikit dah geli geleman!

Yang kita tahu nak marah kalau daging tak dapat. Itu jelah yang kita champion!

Dipetik dari Facebook Syahril A. Kadir

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial TheRakyatPost.my

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai