Seperti dijangka, laman U2 di Wisma Darul Iman di sini dipenuhi lebih 700 orang termasuk yang menjadi pemerhati persidangan DUN, lebih ramai daripada biasa, selepas banyak spekulasi menyatakan akan berlaku usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan kepimpinan Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar.
Malah, dakwaan bahawa enam EXCO akan memboikot persidangan DUN pada Isnin juga tidak benar apabila semua sembilan EXCO dan wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang hadir, kecuali Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Datuk Seri Abd Hadi Awang.
Persidangan DUN dimulai dengan bacaan doa oleh Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Zubir Embong yang kemudian turut menyampaikan ucapan yang antara lain menyeru kesepaduan semua wakil rakyat untuk menghormati perjalanan sidang DUN dan tidak menimbulkan sebarang usul yang boleh menjejaskan persidangan DUN. – BH Online