Siapa kawal Presiden MIC?

Dr. Subramaniam juga didakwa terputus hubungan dan komunikasi dengan para ketua cawangan dan Bahagian menyebabkan ketua kedua-dua bahagian itu berdepan masalah.

Beberapa ahli politik veteran mendakwa Subramaniam dikawal umpama patung oleh pihak tertentu dalam parti menyekat pemimpin itu tidak dapat bergerak bebas.

Pemimpin veteran itu juga mendakwa segala usaha dan kerja kers subramaniam untuk menyatukan MIC dan komun iti India di bawah satu bumbung menemui kegagalan.

Khususnya tindakan subramaniam membwa masuk para ketua cawangan kem bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel ke dalam parti juga tidak membawa hasil yang diharapkan beliau.

Pemimpin veteran juga mendakwa Subramaniam terperangkap dengan puak yang menabik dadah kononnya merekalah yangbertanggungjawab menumbangkan Palanoivel dan membawa masuk Subramaniam.

Subramaniam dikatakan tidak dapat membebaskan diri daripada cengkaman pihak itu dan itulah hakikatnya, dakwa pemimpin veteran itu.

Tindakan Subramaniam yang membawa masuk pemimpin utama kem Palanivel, Datuk S. Sothinathan ke dalam parti tidak disenangi penyokong rapat Subramaniam.

Wujud dakwaan bahawa Subramaniam diugut puak itu bahawa merekalah musuh utama jika Subramaniam mengulangi perbuatan itu (membawa masuk penyokong Palanivel).

Subramaniam juga dikatakan dibelenggu masalah tidak dapat menunaikan janji yang diberi kepada puak Palanivel yang memasuki semula parti dengan menerima Subramaniam sebagai pemimpin mereka. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal