Sharnaaz, Nabila nikah 31 Mac

Terdahulu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, menghantar rombongan merisik Nabila pada 18 Disember lalu.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan di kediaman Nabila di ibu negara yang dijadualkan pada sebelah malam.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada 2 April di sebuah hotel di ibu negara.

Manakala majlis bertandang akan berlangsung pada 16 April di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, pasangan yang sudah hampir dua tahun bercinta ini merahsiakan nilai mas kahwin serta jumlah wang hantaran.

Menurut Sharnaaz, keputusan untuk mendirikan rumah tangga dibuat selepas dia melamar Nabila pada 4 September tahun lalu.

“Saya melamarnya ketika sambutan ulang tahun kelahirannya. Saya bersyukur kerana dia menerima lamaran tersebut. Sejak itu, kami mula merancang untuk ke fasa yang seterusnya,” ujarnya dalam majlis sidang media khas pengumuman tarikh pernikahan di Club House, Duta Tropika pada Isnin.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran