Shafie ketuai Warisan

Parti itu sebelum ini dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah, dan diluluskan pada 2013.

Shafie, yang juga bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah sebelum ini telah mengadakan pertemuan bersama Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 23 September untuk melakukan beberapa perubahan terhadap parti tersebut.

RoS difahamkan telah meluluskan beberapa pindaan yang dimohon Shafie, termasuklah logo dan perlembagaan Warisan.

Shafie adalah presiden baru Warisan manakala bekas ahli parlimen PKR Penampang Darrel Leiking pula dilantik sebagai timbalan presiden.

Adun Likas dari DAP, Junz Wong dan Adun Sulabayan (BN), Jaujan Sambakong menjadi naib presiden baru Warisan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri