Shafie Apdal sedia bantu siasatan SPRM

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, dia sedia memberi apa-apa saja bantuan diperlukan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan lagi mengenai kes ini agar ia tidak dilihat sebagai mengganggu siasatan yang sedang berjalan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, kelmarin bahawa projek berkenaan disalurkan menerusi KKLW dan bukan oleh kementeriannya.

Pairin berkata, peruntukan itu disalurkan terus kepada jabatan yang diterajui oleh kedua-dua suspek terbabit selaku agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementerian negeri.

Mohd Shafie berkata, adalah agak membingungkan apabila pihak berkuasa negeri berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengaku mereka tidak bersalah kepada umum dan mengalihkan kesalahan itu kepada KKLW ketika siasatan oleh SPRM masih berjalan.

“Dengan membuat kenyataan seperti itu kepada umum menunjukkan pihak berkuasa negeri seolah-olah tidak menghormati dan yakin terhadap proses siasatan oleh SPRM,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia