“Lim mesti membuat penjelasan, kerana adalah hak rakyat untuk mengetahui siapa akan memerintah jika mereka mengundi Pakatan (Harapan).
“Beliau mesti memberitahu rakyat sama ada ini adalah impian politiknya untuk menjadi timbalan perdana menteri, seperti yang diakui oleh Mahathir pada 19 Jan 2017,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Mahathir berkata beliau sebenarnya bermaksud bahawa “MCA” yang meminta jawatan TPM pada tahun 2009, dan tersilap berkata “DAP” yang mahukan jawatan itu.
Timbalan Ketua Setiausaha MCA Datuk Loke Yuen Yow pada Isnin lalu berkata beliau pada tahun 2009 mencadangkan jawatan TPM II diisi oleh MCA, tetapi menegaskan cadangan itu dibuat atas kapasiti peribadinya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata MCA tidak pernah meminta jawatan TPM.
Penjelasan Loke tidak meredakan perbalahan polemik itu dengan Tengku Sariffuddin berkata DAP perlu menjelaskan ini kerana parti itu mempunyai bilangan terbesar kerusi Parlimen di kalangan pembangkang.
Beliau juga menyoal sama ada atas alasan ini, Lim cuba berbaik dengan PAS.
Lim dibidas kerana menghulurkan salam perdamaian untuk berunding dengan PAS bagi membentuk pakatan pembangkang yang lebih kukuh dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas bidasan itu, Lim berkata, beliau juga bersedia untuk bekerjasama dengan BN untuk kepentingan Malaysia.