Sesiapa sahaja boleh jadi TPM

Mana-mana parti politik yang menguasai majoriti kerusi di negara ini, sudah tentu secara automatik akan menjadi ketua dan memegang jawatan PM. Ini adalah amalan tradisi yang berlaku di semua negara. Adakah Najib tidak baik? Beliau adalah Presiden BN dan UMNO, merupakan parti yang memegang kerusi majoriti Parlimen maka sudah tentu Najib secara automatik akan menjadi “ketua” dan sebagai PM, tiada siapa yang ambil peduli sama ada beliau baik atau jahat!

Sementara itu pertikaian mengenai jawatan TPM pula, ia perlu mengambil kira dari sudut peranan sokongan. Lihat sahaja Anwar Ibrahim, bukankah beliau menjadi TPM semasa era Tun Mahathir berkuasa? Hasilnya, Anwar menyingkirkan Tun Ghafar daripada jawatan TPM pada masa itu, dan kemudian beliau sendiri pula akhirnya masuk dalam penjara Sungai Buloh.

Tidak lupa juga kepada Muhyiddin Yassin yang disebut-sebut sebagai “calon PM”, Najib dengan tegas berkata Muhyiddin boleh balik kampung sahaja.

Oleh itu dalam hal ini, PM adalah penentu segala-galanya dan TPM hanya boleh menurut sahaja, hanya juara boleh menggigit pingat emasnya manakala naib juara terpaksa “mengigit jari”.

Najib berkata sepanjang lapan tahun memegang jawatan PM, MCA tidak pernah langsung menuntut jawatan TPM, ini bermakna parti pembangkang menyebarkan khabar angin yang tidak berasas. Hanya DAP sahaja yang berangan-angan mahu jawatan TPM selepas hampir berjaya mengubah rejim.

Bagaimanapun, Tun Mahathir segera membuat penafian dan berkata bahawa pakatan pembangkang tidak membincangkan mengenai isu tersebut. Tetapi PH pula dengan berbesar hati berkata sedia menerima Lim Kit Siang menjadi TPM dan Menteri Kewangan selepas berjaya mentadbir kerajaan Pusat.

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh menjadi PM apatah lagi TPM, asalkan calon itu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. Justeru itu, BN atau UMNO tidak perlu rasa serba salah dalam hal tersebut. – Guang Ming Daily

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”