Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata serpihan itu dijtemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi berdasarkan laporan yang diterima pada jam 9.50 pagi.
Antara serpihan yang dijumpai kata Najib adalah sebahagian daripada rotor, pintu dan alat kelengkapan helikopter, termasuk kerusi, alat pengesan, dan dinding helikopter.
Najib berkata, usaha mencari akan diteruskan sehingga badan utama helikopter tersebut dijumpai.
Najib dalam sidang media tersebut turut mengesahkan senarai nama penumpang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Turut berada dalam helikopter tersebut adalah suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.