Serpihan dipercayai dari MH370 ditemui di Mauritius

Pakar Bebas (IG) MH370 Don Thompson memberitahu news.com.au bahawa beliau sudah melihat gambar bahagian berkenaan dan berkata ia sepadan dengan dinding sekat daripada kelas bisnes pesawat MAS Boeing 777.

Katanya, bagaimanapun, kemasan hiasan pada bahagian itu tidak hanya berasal dari seksyen pesawat milik Boeing 777, malah ia mungkin juga dari kelas ekonomi.

Anggota IG Mike Exner turut bersetuju dengan penilaian itu sambil berkata kumpulan berkenaan telah menyampaikan maklumat tersebut kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Jika terbukti serpihan itu datang dari pesawat MAS yang hilang, maka serpihan itu sangat penting kerana menjadi serrpihan dalaman pertama yang dijumpai.

Menurut laporan, serpihan itu ditemui pasangan yang sedang bercuti di pulau Rodrigues (sebuah pulau gunung berapi di kepulauan Lautan Hindi, timur Mauritius).

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pencarian pesawat berkenaan kini dijalankan di selatan Lautan Hindi.

Baru-baru ini, Liow mengesahkan dua lagi serpihan yang dijumpai di Mozambique dan Afrika Selatan pada 28 Mac lepas, berkemungkinan besar milik pesawat itu memandangkan kedua-duanya sama dengan panel sebuah pesawat Boeing 777. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia