Seorang lagi pengarah urusan direman

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu disiasat kerana menjadi syarikat proksi kepada sebuah syarikat penerbitan yang terlibat dengan kes tersebut.

Dia yang berasal dari Kuantan, Pahang itu ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan kes tersebut di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pukul 11.09 malam Sabtu.

Dalam pada itu, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan SPRM untuk melanjutkan tempoh reman empat lagi lelaki berhubung kes yang sama selama dua hari mulai Isnin hingga 30 Ogos.

Antara yang direman ialah seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar‎ Datuk berusia 48 tahun, bekas pegawai bank sama, seorang pemilik syarikat penerbitan dan pekerja syarikat yang sama, memetik laporan Kosmo Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia