Senarai suspek pengganas sentiasa dikemas kini – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kawalan itu menggunakan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) bagi memantau setiap orang yang masuk ke negara ini melalui pusat pemeriksaan di semua pintu masuk utama negara.

“SL sentiasa dikemas kini dan diselenggara pihak berkuasa Malaysia yang bekerja rapat dengan badan antarabangsa yang turut melaksanakan larangan perjalanan termasuk Interpol dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengekang kemasukan suspek pengganas,” katanya ketika membentangkan usaha Malaysia menangani ancaman keganasan pada Mesyuarat Antarabangsa Menentang Keganasan (IMCT) di Nusa Dua, Bali pada Rabu.

Sebanyak 21 negara dan 330 delegasi asing menghadiri IMCT bertemakan Menangani Pergerakan Keganasan Merentas Sempadan yang dirasmikan Menteri Koordinator Politik Hukum dan Keamanan Indonesia, Wiranto.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia turut memperkenalkan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (Akta 770) (SMATA) yang memperuntukkan penggantungan dan pembatalan dokumen perjalanan Malaysia bagi sesiapa sahaja yang terbabit dalam organisasi pengganas.

“Selain itu, kami menandatangani perjanjian ekstradisi dan bantuan undang-undang bersama dengan beberapa buah negara.

Perjanjian ini sangat berguna untuk memantau pergerakan penjenayah buruan dan boleh juga digunakan untuk proses pendakwaan pengganas di negara lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia sedia berkongsi pengetahuan dengan negara luar untuk menjalankan program pemulihan pengganas berdasarkan Modul Deradikalisasi Tahanan Bersepadu yang dirangka agensi keselamatan negara. – BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia