Semua rakyat Malaysia di Turki selamat

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata, Kedutaan Malaysia di Ankara telahpun berhubung dengan semua rakyat Malaysia di negara itu.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular berikutan cubaan rampasan kuasa itu boleh menghubungi kedutaan di talian +903124463547 atau +903124463548 atau menerusi e-mail di mwankara@kln.gov.my untuk mendapatkan maklumat,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut menyediakan talian hotline 24 jam 03-88874570 bagi orang ramai mendapatkan perkembangan terkini.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Sementara itu di Kota Bharu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi,‎ Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mengesahkan seramai 60 pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sedang transit di Turki sebelum memasuki Mesir berada dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, kesemua pelajar tersebut yang berusia antara 18 dan 19 tahun tiba di Turki sejak Khamis lalu dengan menaiki penerbangan Turkish Airlines.

“Pelajar-pelajar berkenaan turut diiringi beberapa guru pengiring dan semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat dan akan dibawa keluar dari Turki pada bila-bila masa untuk meneruskan perjalanan mereka ke Mesir,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Mohamed Fadzli berkata, 60 pelajar berkenaan akan menyambung pelajaran mereka dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan pengajian Islam di beberapa universiti di Mesir, termasuklah Universiti al-Azhar dan Universiti Iskandariah. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia