Semua dalam 1MDB itu mangkuk hayun

Beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata demikian ekoran kegagalan pihak pengurusan syarikat pelaburan starategik itu untuk mengurus syarikat dengan baik.

Susulan daripada itu katanya, pihak yang terpaksa menanggung beban adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mana ianya telah menjejaskan kredibiliti ketuanya itu sehingga ke hari ini.

“Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

“Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

“Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, pada Ahad.

Menurut laporan portal Malaysia Gazzete, Johari menambah bahawa kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.

“Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara.

“Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan,” ujarnya.

Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah.

“Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

“Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri