Pesawat Qatar Airways penerbangan QR0844 dari Doha yang dinaikinya tiba di KLIA di sini pada jam 7.30 pagi ini.
Menurut sumber, sebaik tiba keterangannya diambil oleh pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.
Difahamkan, dia kemudian dibawa ke Pusat Operasi Imigresen KLIA untuk diambil keterangan.
Bagaimanapun, media gagal menemui Selva kerana difahamkan dia keluar menggunakan laluan balai ketibaan domestik KLIA pada jam 9.50 pagi, sedangkan kumpulan petugas media menunggu di laluan ketibaan antarabangsa.
Terdahulu, 20 petugas media berkumpul di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA di sini bagi menanti ketibaannya. – BH Online