Selepas UM nafi, Azizan Osman ‘buang’ Ijazah Kehormat

Tinjauan Smasa News mendapati status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang dikatakan diperolehi oleh Azizan sudah lagi tertera di laman web Richwork itu seperti sebelum ini.

Sementara itu, Richworks International Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Khamis berkata mereka memandang serisu perkara itu dan akan mendapatkan penjelasan daripada pihak UM.

Richworks menegaskan akan memaklumkan perkembangan isu itu selepas selesai mendapat penjelasan daripada pihak UM.

“Penjelasan tersebut diharap dapat menjawab kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

UM dalam satu kenyataan pada Khamis menafikan pernah memberi gelaran tersebut kepada Azizan selepas viral mengenai status sebenar PhD yang dimiliki oleh Azizan apabila ramai pihak yang mempertikaikan status “Dr” yang dimiliki olehnya.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah