Bagaimanapun Neelofa, 28, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai desas-desus tersebut kerana khuathir akan timbul dakwaan-dakwaan yang tidak benar.
“Saya masih solo dan dia pun sama. Saya tidak nafikan kami berkawan cuma status saya sebagai selebriti dan dia sebagai kerabat tidak boleh lari dari andaian dan dakwaan orang.
“Anda semua sudah cukup bijak untuk menilai sama ada saya layak atau tidak untuk bercakap tentang hal ini. Saya pilih untuk tidak mengulas,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Dalam pada itu, pengacara MeleTop itu juga mengakui hubungan persahabatan yang terjalin itu bukan diatur oleh pihak keluarga.
Tambahnya, dia juga pasti kerabat tersebut tahu tentang desas desus yang sedang bertebaran itu.
“Keluarga tidak pernah bertanya saya tentang hal ini. Cuma saya tertekan dengan pelbagai dakwaan dan andaian orang ramai,” katanya.
Mengulas lanjut, Neelofa juga merayu untuk orang ramai memahami situasi dirinya dan memberinya ruang.
“Bila saya baca komen netizen, hati saya hancur. Saya tidak layak untuk ditekan sebegini. Tolong beri saya ruang,” katanya.
Sementara itu, Neelofa juga enggan mengulas lebih lanjut tentang status hubungannya dengan pelakon, Fattah Amin.
“Sebelum ini, saya pernah bagitahu memang kami pernah bersama semasa penggambaran Suri Hati Mr. Pilot.
“Tapi apa yang terjadi antara saya dan Fattah, hanya kami berdua sahaja yang tahu,” katanya, memetik Utusan Online.