PAU 2016: Selepas dipecat, Muhyiddin hanya turun Pagoh sebulan sekali

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata sokongan yang diterima Muhyiddin di kawasan Parlimen Pagoh juga dilaporkan menyusut dengan dianggarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuainya hanya mempunyai kira-kira 1,000 ahli.

“Saya lihat dia masih balik kawasan. Hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat sebulan sekali.

“Sokongan agak merosot. Jauh semasa dia bersama kita. Orang Pagoh tak dapat menerima sepenuhnya apa yang dia lakukan ini

“Ahli PPBM ada lebih kurang seribu saya dimaklumkan. Kehadiran pemimpin besar pun tak ramai yang hadir,” katanya kepada Smasa News ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2016 pada Khamis.

Berbeza dengan UMNO kata Ismail, sokongan akar umbi masih kekal utuh bersama parti dan tiada gelombang besar yang keluar parti untuk menyertai parti PPBM.

“Bila kita buat program, sokongan amat baik. Mereka masih nak UMNO bukan parti baharu.

“Pemecatan ini bermakna bahawa datang dan pergi pemimpin ini lumrah. Mereka harapkan kesinambungan kepimpinan.

“Muhyiddin dulu pernah terapkan kesetiaan parti sebab itu ketua cawangan dan sayap masih bersama UMNO,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri