Selangor tiada cadangan naikkan insentif hadiah masuk universiti

Kerajaan negeri Selangor tidak bercadang untuk menaikkan kadar insentif Hadiah Anak Masuk Universiti sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kadar tersebut akan dikekalkan selain diberikan secara sekali bayaran kepada pelajar.
“Hadiah IPT (Institusi Pengajian Tinggi) ini hanya melibatkan sekali pemberian sekali seumur hidup kepada pelajar yang mendapat tempat di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
“Mereka tidak akan menerima lagi hadiah itu sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Jumaat.
Nik Nazmi (PKR-Seri Setia) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ng Sze Han (DAP-Kinrara) sama ada kerajaan negeri akan meningkatkan kadar insentif hadiah tersebut serta memperluaskannya kepada pelajar yang mendapat tawaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). – MStar

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia