Sekolah di Pahang pula dinaiki air

Pegawai Pendidikan Daerah, Razali Mustafa berkata, sekolah berkenaan mula dinaiki air kira-kira 0.5 meter pada pukul 9.45 pagi selepas hujan lebat selama kira-kira dua jam.

“Saya dapati masalah ini berpunca daripada sistem perparitan dan air pasang.

”Sekolah ini sebenarnya adalah pusat pemindahan banjir bagi Kampung Sungai Ular dan tidak sangka pula kali ini dinaiki air,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan pada Selasa.

Kali terakhir sekolah berkenaan dinaiki air adalah pada tahun 2014 sebelum kejadian tersebut berulang pada hari pertama persekolahan di negeri ini bagi tahun 2017 hari ini, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia