Segera selesaikan isu kewarganegaraan – TPM

Timbalan Perdana Menteri, berkata isu berkenaan berlanjutan terlalu lama dan perlu diselesaikan segera mengikut klausa termaktub di bawah Perkara 19 Perlembagaan Malaysia.

“Kita sudah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menubuhkan pasukan khas yang bergerak ke setiap bahagian dan daerah bagi menyelesaikan perkara ini.

“Ini adalah komitmen Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ramah Tahun Baharu Cina 2017 Bersama Timbalan Perdana Menteri, di Kuching Sarawak pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata pihaknya menggunapakai pendekatan sama dalam menyelesaikan isu kewarganegaraan itu membabitkan masyarakat India dan Cina di Semenanjung.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh bersendirian dalam menangani isu ini, malah memerlukan kerjasama dari semua pihak, termasuk parti politik dan persatuan Cina.

“Ketepikan semua perbezaan pandangan dan fahaman politik dalam usaha kita menyelesaikan isu ini,” katanya. -BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia