Pengarahnya Prof Datuk Dr.N.S.Rajendran berkata, unit khas yang beroperasi dibawah Jabatan Perdana Menteri itu mempunyai pelan perancangan agak banyak untuk mentransformasikan komuniti India dalam pelbagai lapangan.
‘Salah satu sektor yang diberi tumpuan ialah restoran makanan melibatkan usahawan India itu untuk dibangunkan secara berkesan,” katanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-16 Persatuan Restoran India Malaysia (Primas) di sini.
Menurutnya, menerusi peruntukan SEDIC, jabatan itu akan melatih 500 pemuda India yang dipilih dari 20 kawasan majoriti masyarakat India tempatan dalam sektor perusahaan restoran India.
“Latihan kepada 500 belia India ini akan membantu menangani kekurangan tenaga kerja di restoran India tempatan sejak pembekuan pengambilan pekerja asing oleh kerajaan,” katanya lgi.
Presiden Primas, T.Muthusamy berkata pihaknya sedang mengambil langkah penyelesaian terhadap segala masalah berbangkit untuk dibawa ke perhatian kerajaan.
Katanya persatuan itu kini memberi tumpuan dalam menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja secara serius.
“Selain itu kita juga mahu pengusaha dan kakitangan restoran India sentiasa memelihara kesihatan diri dan kebersihan restoran.
“Kami yakin masalah kekurangan pekerja dapat diatasi,” tegasnya lagi. – Tamil Nesan