VIDEO: Sebutan kes Guan Eng panas di luar mahkamah

Kira-kira 50 penyokong Guan Eng berkumpul diluar mahkamah untuk memberi sokongan kepada Setiausaha Agung DAP yang terpalit dengan dakwaan rasuah.

Mereka membawa banner ‘Solidariti, simpati, sokong Lim Guan Eng’ sambil melaungkan ‘sokong Guan Eng’.

Bagaimanapun, laungan mereka disambut dengan laungan ‘rasuah’ oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Solidariti untuk SPRM dan Persatuan Anak Jati Pulau Pinang.

Terdapat juga kumpulan yang mendakwa mereka dari Kampung Buah Pala yang tertindas apabila kampung mereka ‘dilenyapkan’ oleh Guan Eng beberapa tahun dahulu.

Jurucakap kumpulan itu mahu Guan Eng dikenakan tindakan atas kesalahan dakwaan rasuah dan mengganggap ianya sebagai pembalasan kerana menindas mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=WhLjjYiYDkg

Â

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron