Seberang Perai rekod 38 hari tanpa hujan

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Wilfred Madius Tangau berkata kawasan berkenaan ialah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang yang mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 38 hari, diikuti Felda Tenggaroh Timur 2 di Mersing, Johor selama 30 hari.

“Dua daerah di Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat Kota Belud dan dan Langkorn Estate, Kudat masing-masing mengalami 25 dan 24 hari tanpa hujan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya, walaupun suhu tinggi direkodkan di kebanyakan kawasan, ia tidak menyebabkan gelombang panas.

Sesuatu kawasan akan diisytiharkan mengalami gelombang panas apabila suhu melebihi 40 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia