Schweinsteiger terlepas peluang latihan bersama Jerman

Schweinsteiger yang mengambil alih tugas sebagai kapten pasukan kebangsaan Jerman sejak persaraan Philip Lahm pada 2014 lalu terpaksa bergelut dengan kecederaan lutut yang dialami selama beberapa bulan.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Jerman telah mengesahkan bahawa pemain Arsenal, Mesut Ozil dan Bayen Leverkusen, Karim Bellarabi juga akan terlepas peluang untuk sesi latihan tersebut kerana menerima rawatan disebabkan oleh kecederaan dialami mereka.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Jerman juga turut mengesahkan bahawa pihaknya telah memaafkan dan mengecualikan Schweinsteiger daripada sesi latihan tersebut selepas pemain itu dilaporkan perlu bertemu dengan Doktor Müller Wohlfahrt di Munich ekoran daripada kecederaan itu. – squawka.com

Pemain tengah Manchester United, Bastian Schweinsteiger terpaksa melepaskan peluang untuk menjalani latihan pasukan kebangsaan Jerman disebabkan oleh kecederaan lutut yang dialaminya.

Schweinsteiger yang mengambil alih tugas sebagai kapten pasukan kebangsaan Jerman sejak persaraan Philip Lahm pada 2014 lalu terpaksa bergelut dengan kecederaan lutut yang dialami selama beberapa bulan.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Jerman telah mengesahkan bahawa pemain Arsenal, Mesut Ozil dan Bayen Leverkusen, Karim Bellarabi juga akan terlepas peluang untuk sesi latihan tersebut kerana menerima rawatan disebabkan oleh kecederaan dialami mereka.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Jerman juga turut mengesahkan bahawa pihaknya telah memaafkan dan mengecualikan Schweinsteiger daripada sesi latihan tersebut selepas pemain itu dilaporkan perlu bertemu dengan Doktor Müller Wohlfahrt di Munich ekoran daripada kecederaan itu. – squawka.com

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2