Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa Anina Saadudin telah dipecat sebagai ketua sayap wanita parti itu.
“Ingin saya menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM masih belum menubuhkan sayap Srikandi,” katanya.
Bagaimanapun Shahruddin berkata, kedudukan Anina sebagai ahli MPT PPBM yang bertanggungjawab bagi menyelaras kegiatan Srikandi PPBM masih kekal.
“MPT akan menubuhkan sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi.
“Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian pemilihan Ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah pandangan semua pihak diperolehi,” katanya. –Tamil Malar