Saya tidak tanding, mungkin bantu kempen sahaja – Khir Toyo

Kata Khir, beliau ketika tidak memikirkan perkara itu dan ketika ini bekas Adun Sungai Panjang itu hanya ingin berehat buat sementara waktu.

Menurutnya, berita yang menyatakan nama beliau turut berada di dalam senarai calon yang akan bertanding adalah hanya spekulasi semata-mata.

Jelas Khir, beliau akan bersama-sama membantu jentera parti Umno dalam PRK Sungai Besar akan datang sekiranya diperlukan.

“Sungai Besar adalah kawasan saya. Bahagian ini saya yang asaskan dahulu. Pecah daripada kawasan Tanjung Karang,” katanya.

Selain daripada itu, Khir turut mengesahkan beliau juga tidak dikenakan larangan berpolitik selepas tamatnya tempoh parol yang dikenakan ke atasnya.

Menyentuh mengenai perasaannya selepas tempoh parol tamat, Khir memaklumkan bahawa beliau merasa sangat gembira dan apa yang berlaku telah banyak mengubah dirinya.

“Saya rasa sangat gembira. Saya telah lalui satu fasa dalam hidup saya. Saya belajar banyak dan this episod have change me lot,”katanya.

Khir dikenakan hukuman parol selama dua bulan bermula 29 Mac lalu namun tempoh beliau dibebaskan diawalkan pada 29 Mei berikutan pihaknya mematuhi semua syarat-syarat ditetapkan.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang