Saya tidak nyatakan tarikh PRU – Najib

“Saya tidak mengatakan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 2018. Apa yang saya katakan adalah bahawa pilihan raya tidak dijadual sehingga 2018 tetapi tarikh pilihan raya tidak bergantung kepada faktor tunggal. Ia bergantung kepada beberapa faktor.

“Saya tidak menyatakan dengan pasti untuk pilihan raya pada 2018 atau saya tidak menyatakan kesanggupan untuk pilihan raya awal,” katanya kepada media Malaysia di Wismar pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jerman semalam.

Agensi berita itu telah memetik Najib, yang juga menteri kewangan, sebagai berkata bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sebelum 2018. – Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri