Saya tidak merendah-rendah agama lain, kata Zakir Naik

Tegas beliau, dakwaan beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar kerana Islam itu sendiri mengajar umatnya supaya tidak berbuat demikian.

“Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

“Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sebuah program di Besut malam tadi.

Jelasnya, kontroversi yang timbul berpunca daripada sekumpulan fanatik agama yang tidak memahami agama mereka itu sendiri dan apa yang cuba disampaikan oleh beliau.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini. Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat,” katanya.

Tambah Zakir Naik, sekiranya beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap agama-agama lain, ianya perlu dijelaskan bahagian mana yang silap dan bukannya menimbulkan kekecohan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini membuat keputusan membatalkan ceramah Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ Ahad ini atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, Khalid kemudiannya membenarkan program tersebut dengan syarat tajuk ceramah itu perlu diubah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia