Saya tidak menyesal, mereka layak terima ‘jari tengah’ – Siti Kassim

Kata Siti Kassim, penggerak Islam yang hadir dalam wacana itu umpama ‘samseng Islam yang bebal yang otakknya telah dicuci sehingga tidak dapat menerima hujah yang berbeza dengan ideologi mereka.

“Saya menghadiri banyak forum. Saya bertanya soalan-soalan yang sukar tetapi tidak pernah mengimpikan suatu hari nanti saya akan tunjukkan jari [tengah] kepada peserta forum.

“[Namun] saya tidak menyesal. Bagi saya, penggerak Islam yang samseng berhak mendapat jari [tengah] dan banyak lagi. Tidak sensitif? Biadab?

“Sejak bila wanita tidak boleh bertindak kurang ajar dalam menghadapi samseng dan si dungu yang telah dicuci otak?” katanya di laman sosial Facebook beliau.

Siti Kassim menunjukkan isyarat lucah ‘jari tengah’ terhadap hadirin Wacana Sinar pada Isnin selepas pertanyaan beliau berhubung Akta 355 mendengar reaksi negatif daripada penonton.

Dalam sesi soal jawab program itu, Siti Kassim bangkit mempertikaikan hujah–hujah ahli panel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyokong pindaan akta tersebut.

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, Siti Kassim mempersoalkan mengapa beliau terpaksa mengikut undang-undang tersebut sedangkan urusan agama adalah antara beliau dan tuhan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia