Malah, beliau yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh berkata perjuangannya menentang konspirasi politik ke atasnya habis-habisnya.
“Ini bukan penghujung perjuangan saya akan membincangkan tindakan selanjutkan bersama peguam saya”, katanya selepas panel lima hakim sebulat suara menolak permohonan terakhirnya itu.
Ini bermakna bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terpaksa menjalani baki dari hukuman lima tahun yang dijatuhkan keatasnya.
Peguambelanya, N.Surendran berkata, barisan peguamnya akan meneliti keputusan kehakiman itu secara lebih terperinci sebelum menyusun langkah seterusnya.
“Anwar tidak menerima keputusan mahkamah , begitu juga dengan keluarganya, kami akan mengumumkan tindakan lanjut kami dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar itu atas sebab Artikel 128 Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan mahkamah itu boleh mendengar dan membuat keputusan terhadap sesuatu hukuman yang pernah dijatuhkan mahkamah yang sama.
Selain itu, kes anwar juga diputuskan tidak mempunyai merit. – Malaysia Nanban