Saya sudah beransur sihat – Ahmad Bashah

Mesyuarat ini yang pertama dipengerusikannya selepas beliau jatuh sakit dan mendapatkan rawatan komplikasi usus yang dihadapinya.

Kelihatan ceria, namun dengan wajah yang sedikit berjambang, Ahmad Bashah dilihat begitu bersemangat mempengerusikan mesyuarat itu.

“Alhamdulillah saya kini sudah beransur sihat dari komplikasi usus yang saya alami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya.

“Tidak sabar rasanya untuk kembali bertugas. Walau apa pun terjadi, tanggungjawab saya kepada rakyat dan negeri Kedah mesti dilaksana,” katanya ketika di HPP hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedah Medical Centre (KMC) dan HPP yang berbakti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuknya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri