Memetik laporan portal Astro Gempak, Uqasha berkata dia kini gembira dan kehidupan meskipun sedar tindakannya itu mengundang kecaman orang ramai.
“Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.
“Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?
“Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya.
“Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,” katanya.
Terdahulu, pelakon Tundukkan Playboy Itu mengejutkan peminat industri seni tanah air apabila mengaku membuat ‘u-turn’ kepada penampilan asal setelah berhijab selama tiga tahun.
Uqasha, 23, berkata dia sedia bertanggungjawab atas tindakannya dan menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen.