Ada yang beranggapan bahawa pemimpin UMNO itu sudah membuat pusiangan ‘U’ dan mahu kembali ke pangkuan parti itu.
Namun, bagi Mohd Shafie kehadirannya semalam adalah atas kapasitinya sebagai Naib Presiden parti itu yang masih sayangkan UMNO.
“Saya masih lagi ahli UMNO, masih lagi Naib Presiden UMNO, tidak timbul soal berpatah balik atau ‘u-turn’.
“Tidak timbul soal kesetiaan saya kepada parti, selagi hayat dikandung badan, saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu.
“Saya sayangkan parti, tapi saya juga sayangkan negara lebih dari segalanya,” katanya di laman sosial Facebooknya hari ini.
Kehadiran Mohd Shafie semalam disambut mesra oleh pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN).
Malah, beliau dilihat turut meluangkan masa berbual dengan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub.