Saya sanggup mati daripada sertai MIC – Presiden IPF

Demikian kenyataan Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan ketika diminta mengulas mengenai hasrat menyertai MIC di masa akan datang.

“Adalah lebih baik membunuh diri daripada bersekongkol dengan parti yang tidak membuat apa-apa untuk komuniti India selama ini,” katanya.

Katanya, MIC sering memandang rendah pemimpin dan parti IPF termasuk ahli-ahli parti yang diilhamkan oleh mendiang Tan Sri, M.G.Panditan.

Dakwanya, dalam keadaan Pilihan Raya Umum yang bakal menjelma pada penghujung tahun depan, IPF akan membuktikan kepada mereka yang memperlekehkan kuasa dan kebolehan parti menjangkau usia lebih 25 tahun itu.

“MIC selama ini tidak pernah menjalin kerjasama sama dengan IPF untuk berkhidmat kepada komuniti India, sebaliknya mereka sentiasa memandang rendah pada kami.

“Kerja MIC sentiasa mematahkan atau menyekat segala rancangan dan pelan pembangunan yang kami rangka untuk masa depan masyarakat ketiga terbesar negara ini selepas Melayu dan Cina.

“Adalah lebih baik MIC mengubah persepsi anda ke atas IPF selama ini,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Majlis ulang tahun penubuhan IPF ke-25 pada Februari lalu, menjelaskan MIC menjadi satu-satunya komponen BN yang menghalang keanggotaan IPF dalam BN.

MIC juga ditegur supaya bekerjasama dengan IPF ke arah kesejahteraan BN dan komuniti India dan sudah tujuh bulan berlalu, masih tiada kelibat MIC untuk bekerjasama dengan IPF, dakwnya lagi. – Malaysian Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal