“Saya mangsa keadaan” – Faye Kusairi

Faye yang mengakui dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan Azmi turut mengakui sering menangis apabila dikecam hebat oleh pengikut di laman sosial.

“Saya faham situasi saya sebagai selebriti tetapi sebagai manusia biasa saya juga ada berasa sedih dan menangis apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya.

“Saya mangsa keadaan dalam hal ini tetapi Alhamdulillah dugaan yang Allah berikan ini sebenarnya terdapat pelbagai hikmah.

“Syukur saya masih dapat teruskan kerja seperti biasa, rezeki dalam lakonan pun tidak putus,” ujarnya.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, bagaimanapun berkata, kontroversi berkenaan bukanlah tiket baginya untuk terus berkahwin bagi menutup cerita mengenainya.

“Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut,” ujarnya memetik mStar Online.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran