‘Saya ‘dijemput’ polis 15 November ini – Muhyiddin

Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau akan memberi komitmen dan akan hadir pada sesi berkenaan.

“Tiada masalah untuk beri keterangan,” katanya di Parlimen pada Selasa, memetik Sinar Harian.

Selain Muhyiddin, semalam Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna telah dipanggil polis diatas sebab yang sama.

Sebelum ini turut dipanggil, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan laporan polis oleh dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.

Ketiga-tiga mereka didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri