Saya cuma pening kepala dan demam

Sebelum ini, banyak khabar angin termasuk dikalangan petugas media bahawa tahap kesihatan Adenan merosot teruk selepas kempen panjang pilihanraya negeri Sarawak.

Adenan membatalkan semua acara kempen sebelum setiausaha akhbarnya Ambrose Cheng menghantar notis petang Khamis bahawa sidang media Ketua Menteri Sarawak akan dibuat mengikut jadual.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Adenan untuk program-program yang dibatalkan.

Dalam sidang media petang Khamis, soalan mengenai tahap kesihatannya ditanya pemberita, kata Adenan beliau mengalami demam dan sakit kepala.

Justeru itu Adenan berkata, beliau terpaksa membatalkan semua programnya hari ini selepas mendapat nasihat doktor.

“Sejak tiga minggu ini jadual saya sangat padat. Malam tadi saya mengalami pening kepala dan demam.

“Doktor menasihati untuk saya berehat sehari dan petang ini saya berjumpa dengan anda semua,” katanya..

Beliau sempat berseloroh kepada media dengan berkata “Saya kelihatan kacak seperti selalu”.

Menurut Adenan yang berusia 72 tahun itu berkata, beliau menghargai kehidupan yang diberikan tuhan kepadanya.

“Saya menghargai kehidupan saya, saya pernah rasa hampir nak mati tiga tahun lalu, (tapi) tuhan memberikan rahmat dan kini saya di sini,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan kesihatan beliau, Adenan menjelaskan beliau mengalami demam pada malam Rabu dan doktor memintanya berehat.

Kempen jelajah seluruh Sarawak sejak tiga minggu lalu kata Adenan telah menjejaskan kesihatan beliau.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai