Jelas Mukhriz, beliau akan mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kedah dan akan bertaning PRU ke-14 di negeri kelahiranya itu.
“Ada segelintir pihak meminta saya untuk bertanding di Putrajaya, tetapi saya hanya akan bertanding di Kedah. Kawasan yang saya akan bertanding adalah rahsia,” katanya.
Pada PRU ke-13, Mukhriz bertanding dan menang di Ayer Hitam.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata PPBM kini mendapat banyak sokongan daripada orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO turut menyertai parti itu. – Tamil Malar