“Saya adalah berketurunan Raja Singgora dari Siam dan bukannya Raja Siam” – Awie

Menurutnya, beliau hanya mengkaji mengenai keturunan keluarganya adalah untuk pengetahuan anak cucunya, suatu hari nanti.

Bahkan kata Awie, beliau tidak menyangka kenyataannya sebelum ini diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak.

“Saya terlepas cakap apabila ada yang bertanyakan mengenai pernikahan saya di Songkhla, Thailand. Saya adalah berketurunan Raja Singgora dari Siam dan bukannya Raja Siam. Jadi, tidak perlu perkara itu diperbesarkan lagi,” katanya.

Kata Awie, sudah empat tahun beliau membuat kajian mengenai salasilah keluarga bagi mengetahui keturunannya, untuk makluman zuriat beliau.

“Tidak perlu saya mengemukakan bukti kerana siapa mereka untuk mempersoalkan perihal keluarga saya? Kajian mengenai salasilah keluarga dibuat sejak empat tahun lalu, supaya anak, cucu dan cicit saya tahu keturunan mereka.

“Saya yakin kerana kajian ini membabitkan banyak pihak bersama saya. Namun, tidak perlu saya menggembar-gemburkan kajian berkenaan untuk tatapan umum,” katanya memetik laporan BH Online.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof, menerusi satu laporan akhbar meminta Awie mengemukakan dokumen salasilah keluarga bagi membuktikan dakwaan dirinya berketurunan Raja Siam bernama Raja Sulaiman.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran